Tanah NCR akan dikembalikan
by Jessica Jawing. Posted on April 14, 2011, Thursday
Najib umum tanah seluas 40 hektar di bawah Seksyen 5 (3) (4) dibatal untuk Zon Keinstitusian Kerajaan Bau
BAU: Harapan penduduk di kawasan DUN Tasik Biru untuk mendapat semula tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka daripada Seksyen 5 (3) (4) yang diwartakan sebagai tanah simpanan kerajaan kini menjadi nyata.
Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengesahkan tanah NCR seluas 40 hektar di bawah seksyen berkenaan dibatalkan untuk tujuan Zon Keinstitusian Kerajaan Bau.
“Saya mengesahkan atas permintaan rakyat, Kerajaan Sarawak bersetuju supaya Pemberitahuan Warta Nombor 1309 Seksyen 5 (3) (4) di sepanjang persimpangan Jalan Grogo dan Opar dibatalkan,” katanya berucap selepas tinjauan mesra dan majlis bersama rakyat di Gerai Mas di sini.
Beliau turut mengumumkan berita gembira kepada penduduk di kawasan Gunung Singai, Bau apabila kerajaan negeri juga bersetuju bahawa penguatkuasaan tanah rizab kerajaan yang meliputi kawasan terbabit (Singai) dibatalkan wartanya dan kini selamat digunakan penduduk.
“Bagi kerja penyukatan tanah kampung dan lot tradisi, survei perimeter dan individu sememangnya sedang dijalankan berdasarkan peruntukan RM80 juta yang diluluskan kerajaan pusat untuk Sarawak.
“Manakala berhubung pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Singai kerajaan bersetuju atas keputusan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia akan dipercepatkan.
“Iaitu daripada fasa kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) kepada fasa pertama RMK-10 iaitu akan dilaksanakan pada tahun ini,” kata beliau.
Lawatan pemimpin nombor satu negara ke pekan Bau turut membawa khabar gembira kepada komuniti Cina apabila kerajaan memperuntukkan RM500,000 kepada SJK Chung Hua Bau bagi menyiapkan blok baru sekolah itu.
Note: Asal suba tanah tu tanah adat (NCR) dayak, tang diambi perintah ngena section 5(3)(4), udahnya diatu nyau deka bepilih Najib madah ka meri pulai. Nama kebuah ngambi tanah tu suba deh? Tu mina 40 hektar, kati ko beribu-ribu hektar ke diambi sida Elia Geneid, Sda Roziah enggau bala crony Taib ti bukai? Kemaia sida deka meri pulai ngagai rakyat deh?
11 years ago
Asal suba tanah tu tanah adat (NCR) dayak, tang diambi perintah ngena section 5(3)(4), udahnya diatu nyau deka bepilih Najib madah ka meri pulai. Nama kebuah ngambi tanah tu suba deh? Tu mina 40 hektar, kati ko beribu-ribu hektar ke diambi sida Elia Geneid, Sda Roziah enggau bala crony Taib ti bukai? Kemaia sida deka meri pulai ngagai rakyat deh?
ReplyDeleteJako kena meli undi nya..lapa enda suba meri deh? Nama kebuah ngambi tanah nya suba deh?
ReplyDelete